• twitter
  • rss

.

  • Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
  • Menjadi punca kepada semua undang-undang.
  • Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
  • Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan.
  • Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.
  • Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen.
  • Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.
  • Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.

7

.

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

0

.

Senarai Persekutuan

- Pertahanan
- Hal-hal luar negeri
- Keselamatan dalam negeri
- Undang-undang jenayah dan sivil
- Kewarganegaraan
- Pilihanraya Persekutuan
- Perdagangan, Perniagaan dan Industri
- Kewangan
- Pengangkutan
- Perkapalan
- Ukur
- Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
- Kesihatan dan Ubat
- Pelajaran
- Kebajikan Orang Asli
- Buruh dan Kebajikan Sosial
- Pekerjaan Ikhtisas
- Persatuan yang tidak ditubuhkan
- Kawalan pes pertanian
- Hari kelepasan am Persekutuan
- Penapisan
- Penerbitan
- Perumahan Persekutuan
- Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen)
- Syarikat kerjasama

27

.


· Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:

"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."

·

1

.

  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) (3 Ogos 1957 - 1 April 1960)
  2. SultanHishamuddin Alam ShahAl-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor) (14 April 1960-1 September 1960)
  3. Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis) (21 September 1960-20 September 1965)
  4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin (Sultan Terengganu) (21 September 1965-20 September 1970)
  5. Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah) (21 September 1970-20 September 1975)
  6. Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (Sultan Kelantan) (21 September 1975-30 Mac 1979)
  7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azam Shah (Sultan Pahang) (26 April 1979-25 April 1984)
  8. Almutawakkil Allalah Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Ismail (Sultan Johor) (26 April 1984-25 April 1989)
  9. Sultan Azlan Muhibudin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu Shah (Sultan Perak) (26 April 1989-25 April 1994)
  10. Tuanku Ja'afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) (26 April 1994-25 April 1999)
  11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shahibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah (Sultan Selangor) (26 April 1999-21 November 2001)
  12. Tuanku Syed Sirajuddi ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis) (13 Disember 2001-12 Disember 2006)
  13. Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Sultan Terengganu) (13 Disember 2006- sekarang)


0

.

Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara iaitu badan eksekutif (executive), badan perundangan (legislative) dan badan kehakiman (judicial). Pengasingan ketiga-tiga kuasa badan pemerintahan negara ini disebut sebagai 'doktrin pengasingan kuasa'. Doktrin ini mula diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang berbangsa Perancis pada abad ke - 18 ketika negara Perancis diperintah oleh Louis XIV yang menjalankan pemerintahan monarki ketika itu. Montesquieu berusaha merangka satu doktrin yang menjamin kehidupan rakyat daripada kezaliman pemerintah.

0

.

Perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

0