• twitter
  • rss

.


Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

0

.

Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan sistem persekutuan? Sistem persekutuan ialah sistem yang membahagikan kekuasaan dan autoriti antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Sistem ini memberikan penyusunan politik antara sebuah Kerajaan Pusat dengan dua atau lebih Kerajaan Negeri dan pembahagian kuasa antara dua buah kerajaan ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa Kerajaan Pusat dihuraikan dalam Bahagian 4 iaitu Senarai Persekutuan dan kuasa Kerajaan Negeri pula dihuraikan dalam Bahagian 5 iaitu Senarai Negeri serta terdapat Senarai Bersama iaitu yang menghuraikan perkongsian kuasa dan bidang antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

2