• twitter
  • rss

.

Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan sistem persekutuan? Sistem persekutuan ialah sistem yang membahagikan kekuasaan dan autoriti antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Sistem ini memberikan penyusunan politik antara sebuah Kerajaan Pusat dengan dua atau lebih Kerajaan Negeri dan pembahagian kuasa antara dua buah kerajaan ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa Kerajaan Pusat dihuraikan dalam Bahagian 4 iaitu Senarai Persekutuan dan kuasa Kerajaan Negeri pula dihuraikan dalam Bahagian 5 iaitu Senarai Negeri serta terdapat Senarai Bersama iaitu yang menghuraikan perkongsian kuasa dan bidang antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.


Dalam sistem persekutuan, Kerajaan Pusat memegang sebahagian besar kuasa berbanding Kerajaan Negeri. Bidang kuasa yang dipegang oleh Kerajaan Pusat antaranya pelajaran, pengangkutan, pertahanan, kesihatan, dasar luar dan banyak lagi bidang-bidang yang berkepentingan dalam sesebuah negara. Bagi Kerajaan Negeri pula, bidang kuasa yang paling penting ialah tanah dan bidang kuasa lain yang dserahkan kepada Kerajaan Negeri ialah aspek-aspek yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Malaysia memilih sistem persekutuan sebagai sistem pemerintahan negara kerana melihat kepada kesesuaian sistem ini kepada negara yang turut mempunyai kuasa Kerajaan Negeri di setiap negeri yang diperintah oleh raja atau sultan.

Sumber : http://members.multimania.co.uk/nabirz/pol14.htm

2

2 comments:

  1. Keroyun says:

    camne nak dpatkan lebih banyak info mengenai sistem persekutuan ye? ...

  1. Senang kerja saya haha

Post a Comment