• twitter
  • rss

.

Biodata

Posted by Najmi's Blog |

      Dilahirkan pada 10 Ogos 1988 di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jelai yang terletak di utara tanah air iaitu di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang dahulunya diberi nama Sekolah Kebangsaan Tok Sibil dan sekarang  telah menjadi Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah. Menyambung pendidikan di sekolah menengah berasrama yang agak jauh daripada kampung halaman dan tinggal di asrama sekolah. sekolah yang dimaksudkan ialah SMK Syed Mohammed Al-Bukhary, Kompleks Pendidikan Negeri Kedah sehingga tamat pengajian sekolah menengah iaitu sehingga tingkatan 5. Mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat STPM di SMK Dato Syed Omar. Akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sebuah pusat pengajian tertinggi yang diberi nama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan masih merupakan seorang mahasiswa dalam bidang Pengajian Malaysia yang sekarang berada dalam tahun ketiga pengajian.