• twitter
  • rss

.

Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia Yang Keempat pada 17 Jun 1991. Setelah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) atau Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) tamat, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan berserta Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 – 2000 yang turut digubal berasaskan DPN yang terdiri daripada Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7). Dasar ini digubal bertujuan menyambung matlamat DEB yang belum tercapai akibat daripada cabaran yang dihadapi dan membentuk matlamat baru sebagai hala tuju negara. Hal ini menandakan bermulanya satu lagi era baru dalam usaha Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif DPN ialah untuk mencapai taraf sebuah negara maju dari semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, perpaduan negara menjadi teras utama kerana melalui perpaduan kestabilan sosial dan politik dapat dikukuhkan dan penbangunan ekonomi yang berterusan dapat dikekalkan.

0

0 comments:

Post a Comment