• twitter
  • rss

.

Dasar Pembangunan Nasional mengekalkan strategi asas DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan secara tidak langsung akan menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia.Tujuan DPN ialah untuk mewujudkan corak pembangunan yang lebih seimbang dalam sektor- sektor utama ekonomi. Pembangunan dalam sektor- sektor utama ekonomi akan mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. DPN juga menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. Pembangunan yang dilaksanakan melalui DPN turut mementingkan perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

Dengan mengambil kira kemajuan yang dicapai selepas DEB serta mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannya, DPN telah membentuk dimensi-dimensi yang baru iaitu memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan iaitu menghapuskan golongan termiskin (hardcore poor) di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Dimensi kedua ialah menumpukan pehatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Pedagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu langkah untuk meningkatkan seterusnya mengekalkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Dimensi ketiga ialah meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Dimensi yang terakhir ialah memberi tumpuan yang lebih kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

0

0 comments:

Post a Comment