• twitter
  • rss

.

Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara iaitu badan eksekutif (executive), badan perundangan (legislative) dan badan kehakiman (judicial). Pengasingan ketiga-tiga kuasa badan pemerintahan negara ini disebut sebagai 'doktrin pengasingan kuasa'. Doktrin ini mula diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang berbangsa Perancis pada abad ke - 18 ketika negara Perancis diperintah oleh Louis XIV yang menjalankan pemerintahan monarki ketika itu. Montesquieu berusaha merangka satu doktrin yang menjamin kehidupan rakyat daripada kezaliman pemerintah.

Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan atau komplot antara badan-badan pemerintah bagi menjamin kebebasan rakyat dan menghindarkan mereka daripada sebarang bentuk kezaliman. Selain itu, pengasingan ini juga bertujuan menghalang berlakunya pemusatan kuasa antara badan-badan pemerintah disamping dapat memainkan peranan sebagai check and balance dalam pemerintahan negara. Pengasingan kuasa ini dapat membahagikan setiap bidang pemerintahan dan setiap badan hanya berkuasa dalam bidang kuasanya masing-masing iaitu badan perundanagn hanya berkuasa membuat undang-undang, bidang eksekutif berfungsi menjalankan kuasa-kuasa pemerintahan dan mengkuatkuasakan undang-undang dan badan kehakiman ditugaskan untuk menjalankan penghakiman dan mentafsir undang-undang. Kuasa tertinggi di antara ketiga-tiga badan ini ialah Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

0

0 comments:

Post a Comment