• twitter
  • rss

.

Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan, tanggungjawab,perlantikan dan pemecatan beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu daripada perkara 145(1) sehingga perkara 145(4).

Dalam perkara 145(1) memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik seseorang yang berkelayakan untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara dan atas nasihat daripada Perdana Menteri.

Perkara 145(2) menyentuh mengenai kuasa Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau Menteri-Menteri lain berkaitan dengan apa-apa sahaja undang-undang atau melaksanakan apa-apa sahaja tugas yang berkaitan dengan undang-undang. Peguam Negara juga merujuk atau mengetahui tugas yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Perkara 145(3) pula memperuntukkan kuasa Peguam Negara yang boleh dijalankan mengikut budi bicaranya iaitu untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah yang membabitkan sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Perkara 145(3A) memperuntukan kuasa undang-undang untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk menentukan mahkamah bagi menjalankan apa-apa prosiding dan peguam kuasa berkuasa untuk memulakan prosiding seperti yang diperuntukan dalam perkara 145(3) dan jika terdapat prosiding lain hendak dijalankan di mahkamah itu, maka prosiding itu perlu dipindahkan.

Dalam perkara 145(4) menyatakan pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.

Melalui perkara 145, keseluruhannya bidang kuasa Peguam Negara meliputi menjadi penasihat utama tentang undang-undang kepada kerajaan. Peguam Negara juga merupakan pendakwa raya dan diberi kuasa untuk memula, menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding jenayah kecuali di Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Tentera. Peguam Negara juga bertanggungjawab bagi penggubalan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan dan juga peguam bagi kerajaan di mahkamah dan berhak didengar di mana-mana mahkamah. Peguam negara juga bertugas merangka rang undang-undang Parlimen.

1

1 comments:

  1. Penguam membela kliennya dengan bentuk pendampingan hukum

Post a Comment